Salam... Alhamdulillah.. Penat! tp sgt membuatkan aku sedih dan gembira.. sedih ketika menghantar pulang Ocek dan semua yg lain... aku semakin mengenali mereka, dan semakin menyayangi... :) erm.. Hrini dgn tak disangka-sangka... aku bertemu dgn seorg shbt yg sgt aku ingati sejak beberapa hari lalu... erm... hrini aku ingin menulis beberapa persoalan yang mungkin aku sendiri pun tiada jwpn. Ada apa dgn setia? persoalan yg aku pun tak tahu lah nk jwb.. hmm...sedih aku mndgr tentang perkara perpisahan antara dua insan yg saling mencintai... aku harap mereka masih boleh bertahan dgn ujian ini... Adakah ia terjadi kerana sudah hilang rasa cinta dihati mereka? Bosankah mereka dgn janji tulus yg mereka sendiri pernah mengakui? aku pun tak pasti... mungkin ini adalah ujian dlm hubungan mereka... Ketika dua insan membuat keputusan utk bersama mengharungi hidup di dunia ini, hati telah pun berjanji utk setia...namun ujian sering dtg melanda... adakah mereka masih bertahan dgn janji mereka? Aku harap mereka semua masih bahagia... Kesetiaan pada pasangan hendaklah dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak. Smg aku dan semua yg aku sayangi tidak berputus asa dgn rahmatNya... bersyukurlah... seseorang yg mempunyai pasangan hendaklah tahu berfikir dgn rasional tentang perasaan pasangan mereka, jgnlah membuat perkara-perkara yg boleh memalukan pasangan. Masing-masing hendaklah pandai menjaga maruah pasangan dan tahu menjaga pergaulan dgn kwn2 berlainan jantina. Segalanya hendaklah berbatas. Jgn kecewakan pasangan anda dgn perbuatan yg menyakiti hati mereka. Jadilah seorang yang matang dan tahu membawa diri. Jgn sampai menimbulkan salah faham terhadap pasangan anda. Apalah gunanya sesebuah hubungan yg dibina tanpa ada kepercayaan. Jgn mengkhianati kesetiaan pasangan anda dgn perbuatan yang tidak wajar. Berlaku jujur pada diri sendiri dan pasangan.Sebagai seorg yg dewasa, kita sudah tahu membezakan perkara yg perlu atau tidak perlu..hmm... Jujur dan ikhlas pada diri sendiri. Allah Maha Mengetahui. Bagi aku,setia juga adalah salah satu bukti kasih sayang dan cinta. InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment